nama, watak, ilustrasi hanyalah imaginasi saya sahaja...hanya untuk suka-suka!

Saturday, March 31, 2012

Bab 2

                    
     Malam sudah semakin larut.  Hujan turun mencurah.  Jalan raya penuh dengan lopak-lopak air di sana sini.  Sesekali terkena simbahan air dari kereta yang lalu laju, hati Faiz menyumpah.  Faiz tidak mahu berhenti di mana-mana.  Dia mahu cepat sampai.  Dia tahu Nia menunggunya dan dia tidak mahu Nia menunggu.

            “Assalamualaikum Faiz! Apa Khabar?” 
            “Nia!..” Faiz terjerit.  Hatinya riang mendengar suara Nia dihujung talian.  Suara yang dirindui saban hari semenjak tamat pengajian di UMS 3 bulan lalu dan suara itulah yang menemaninya mengharungi kepayahan bergelut dengan peperiksaan, kertas kerja dan buku-buku ketika di UMS.
            “Boleh buat video call?”  Faiz mengharap Nia setuju.  Lama benar dia tidak menatap wajah kesayangan hatinya itu.
            “Ala..Nia tak pakai tudung la…malas, cakap je lah boleh ya…”  Manja suara Nia bukan dibuat-buat. 
            Faiz ketawa kecil.  Hatinya berbunga riang.  “Where are you? Di KK ke?  Faiz baru balik dari Krabi, tak sempat nak telefon Nia.”
            “Cuba teka? Nia ada kat mana sekarang ‘ni?” 
            “Nia ada di KL? Betul ke?”  Faiz meneka.
            “Ye, Nia dah dapat kerja jadi perantis di Sri Rail Berhad.  Sekarang Nia tinggal di rumah Mak Su di Bandar Tasik Selatan.”
            “Wuuu Huuu!…Tahniah!  Siapa lagi lulusan UMS yang berjaya menjadi perantis?  Eh..Eh…tak pa, tak payah jawab soalan tu…Nia free tak?  Boleh Faiz jumpa Nia sekarang.  It is not too late right?” Faiz menjeling jam di tangannya yang menunjukkan pukul 10.00 malam.
            “Datanglah, kita sembang-sembang di rumah Mak Su.  Pak Su dan sepupu Nia pun ada ‘ni.”

            Perjalanan dari USJ 14 ke Bandar Tasik Selatan sepatutnya tidak mengambil masa yang lama.  Namun hujan yang tiba-tiba mencurah ketika Faiz berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Lebuhraya Kesas menghalang Faiz untuk memecut lebih laju.  

No comments:

Post a Comment